Investigation on pre-existing illness.

Dua tiga hari ni timbul pula kes viral daripada Puan Syarifah Nurul Syuhada di mana adik beliau adalah pemegang Medical card Pru Bsn. Menurut posting beliau, Pru Bsn nak “investigate” terlebih dahulu penyakit adik beliau.. Lalu, beliau “viralkan” kes in sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutama pelanggan Pru Bsn.

Pada mulanya saya malas nak respon kerana kes ini sejak bulan 7 lagi, tapi timbul balik dalam dua tiga hari ni.. Nama saya juga di “tag” oleh kawan2 yang memohon penjelasan.

Dalam dua tiga hari ini, hati saya begitu terhibur dan geli hati membaca komen2 netizen yang kebanyakan nya komen mengalahkan doktor pakar.. 

Saya sendiri “PM” puan sharifah utk memohon penjelasan berkenaan dgn posting beliau. Saya juga minta gambar x-ray diberikan kepada saya utk saya tengok sejauh mana serious Lungs adik dia memandangkan dia cakap ada tumor sebesar 8cm..

Setelah diberikan gambar x-ray tersebut, saya telah forward kan gambar tersebut kepada sahabat saya pakar Radiology (boleh rujuk gambar jawapan drp pakar Radiology).

Bulan lepas saya “follow up” lagi Tanya beliau apa report doktor.. Dia jawab penyakit adik beliau ialah “Germ Cell Tumor”.

Saya ni bukan lah doktor yg tahu pasal penyakit ni..Dulu pun kerja sebagai posmen je..Mana lah nak tahu pasal penyakit ni..Nak sebut pun Tak pandai. Tapi bila tanya lebai google, lebai google cakap “Germ Cell Tumor is birth defect and one of the Congenital Disease”

Bila sebut “Congenital Disease” maka penyakit ini jatuh di dalam kategori “Exclusion” dimana pihak Insurans tidak akan membayar sebarang manfaat atau bil rawatan untuk penyakit ini.

Saya rasa bertanggungjawab untuk menerangkan perkara ini kepada umum memandangkan saya ada info yang sahih dan ramai kawan2 agent yang terjejas dengan posting Pn Nurul Syuhada yang menulis tidak berdasarkan fakta, tidak membuat kajian terlebih dahulu dan menulis berdasarkan emosi. 

Ada Client sahabat saya mengambil tindakan membatalkan polisi kerana terpengaruh dgn posting beliau ditambah lagi dgn Ajinomoto daripada netizen yang memberi komen mengalahkan doktor pakar.. Ini secara langsung menjejaskan pendapatan sahabat2 agent akibat daripada pembatalan polisi daripada client.

Pihak Insurans (mana2 syarikat Insurans sekalipun)  berhak menyiasat kes2 yang meragukan untuk mendapatkan kepastian terlebih dahulu sebelum apa2 keputusan dibuat.

Saya akan bercakap perkara2 yang benar dan berdasarkan fakta sahaja dan saya tidak peduli dengan reaksi orang selepas percakapan saya. Anda boleh kritik, tegur, maki, dan nak bagi pendapat. Namun anda tidak boleh lari daripada fakta.

Saya harap perkara sebegini tidak berlaku lagi dan kepada netizen yang kaki viral tu, buat kajian terlebih dahulu sebelum nak viral.. Bukan apa cikgu saya dulu pernah cakap orang tidak berilmu ni adalah orang yg kurang bijak

Sekian,

#mencarikebenaran


Cnp

Leave a Reply